suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Tingkatan 4 mati mengejut selepas merentas desa 3.8 km

Pelajar sekolah agama di Sungai Besar, Selangor itu meninggal dunia selepas menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer, petang Isnin. Gambar sekadar hiasan

SEORANG pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah agama di Sungai Besar, Selangor meninggal dunia selepas menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer, petang Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, remaja itu yang juga pelajar Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) dilaporkan pengsan dalam kawasan sekolah berkenaan kira-kira jam 4.15 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tahfiz maut dengan kesan lebam di badan, 3 rakan ditahan

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar tetapi disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.

"Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sebelum ini tular di aplikasi WhatsApp berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Empat SAMTAJ Sungai Besar meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sungai Besar selepas menjalani latihan merentas desa. - SINAR HARIAN

Artikel Lain