Pelajar tahfiz maut dengan kesan lebam di badan, 3 rakan ditahan

Tiga pelajar tahfiz sama ditahan untuk siasatan lanjut berikutan kematian mangsa berusia tujuh tahun.

SEORANG budak lelaki berusia tujuh tahun yang belajar di sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar di Lanchang, Temerloh di Pahang maut dengan kesan lebam pada tubuhnya, pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 tengah hari, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.

Katanya, polis kini menahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz itu bagi membantu siasatan kematian mangsa.

"Maklumat awal menyatakan mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz itu, yang kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut.

"Mangsa difahamkan baru belajar di situ sejak pertengahan Oktober lepas, bersama-sama dengan abang tirinya," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Othman berkata siasatan awal mendapati pusat tahfiz yang beroperasi di sebuah rumah batu mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini, dan buat masa ini mempunyai empat pelajar termasuk mangsa.

Pusat tahfiz itu dikendalikan oleh pasangan suami isteri, dengan tenaga pengajarnya ialah suami kepada warden tersebut.

Othman berkata bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hari ini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. -- Bernama 



tahfiz, Lanchang

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain