PDRM beri diskaun saman 50 peratus, bayar online je! - “Ini tidak pernah kami buat” - Semasa | mStar

PDRM beri diskaun saman 50 peratus, bayar online je! - “Ini tidak pernah kami buat”

Orang ramai yang mempunyai saman PDRM boleh membayarnya pada kadar diskaun 50 peratus mulai 18 Januari hingga 1 Februari ini.

PEMBAYARAN saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara dalam talian akan dilaksanakan dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Januari hingga 1 Februari ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Beliau berkata tahun ini pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

"Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50 peratus. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya.

"Anda semua boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilek.com," katanya pada sidang media khas sempena pencapaian 2019 dan perancangan 2020 PDRM di Bukit Aman di Kuala Lumpur, Isnin.

Selain itu, Azisman berkata sejumlah 5,763 kes kemalangan maut telah dilaporkan pada tahun 2019 berbanding 5,870 kes pada 2018.

"Ini merupakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) JSPT yang kami berjaya turunkan sebanyak 107 jumlah kemalangan maut, atau 1.8 peratus. Walaupun jumlah kecil tapi ini KPI kita, dan kami berharap jumlah ini semakin berkurang setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata seramai 1,503 pegawai dan anggota PDRM dikenakan tindakan oleh JIPS atas pelbagai kesalahan tatatertib pada tahun lepas.

"Daripada jumlah itu, seramai 110 yang dikenakan tindakan tatatertib membabitkan pegawai kanan manakala 1,393 lagi adalah anggota biasa.

"Selain itu, sebanyak 2,232 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan tatatertib dengan 898 daripadanya sudah diselesaikan," katanya.

Zamri berkata sepanjang tahun lepas, pihaknya menerima sebanyak 3,773 aduan membabitkan aduan salah laku tatatertib dan kesalahan jenayah seperti peras ugut, penyalahgunaan dadah serta pelacuran melalui 16 saluran termasuk emel dan panggilan telefon.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata PDRM berjaya menjimatkan sebanyak RM1.5 juta hasil penutupan sebahagian balai polis komuniti di seluruh negara.

Beliau berkata penutupan sebahagian balai polis komuniti adalah atas faktor kos sewaan yang tinggi dan keselamatan anggota. -Bernama

saman , polis , trafik , PDRM , diskaun , online , Azisman

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain