Perhatian! Lorong tambah nilai di plaza tol PLUS ditutup mulai hari ini hingga 2 Januari - Semasa | mStar

Perhatian! Lorong tambah nilai di plaza tol PLUS ditutup mulai hari ini hingga 2 Januari

PLUS akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol masuk seliaannya, mulai Selasa hingga 2 Januari depan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol masuk seliaannya, mulai Selasa hingga 2 Januari depan, bagi melancarkan pergerakan trafik sempena cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

PLUS dalam kenyataan pada Isnin malam memaklumkan penutupan yang dilaksanakan pada setiap musim perayaan itu, bertujuan mengurangkan kesesakan yang disebabkan pelanggan beratur, di lorong tambah nilai plaza tol.

Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18 peratus kepada dua juta kenderaan berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari biasa.

“Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi. Apabila ini berlaku, ia sudah pasti mengganggu keselesaan dan perjalanan pelanggan lain,” menurut kenyataan itu.

PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.

Justeru, PLUS menasihatkan pelanggan merancang perjalanan dan menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal di kira-kira 11,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara, yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak dan kedai serbaneka.

PLUS turut memaklumkan, pelanggan lebuh raya itu masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini. - Bernama

tambah nilai , plaza tol , Krismas , Touch ‘n Go , PLUS

Artikel Berikut

Jangan panik! Bangunan ini tak tumbang

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin