suria

Gangguan bekalan air tidak berjadual di sebahagian kawasan Lembah Klang ekoran pencemaran bau Sungai Semenyih

Gangguan bekalan air tidak berjadual di sebahagian kawasan di Lembah Klang. Gambar sekadar hiasan

SEBAHAGIAN kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan air tidak berjadual selepas loji rawatan air ditutup kerana pencemaran pada Sabtu.

Menerusi satu notifikasi di aplikasi rasmi mereka, Air Selangor berkata, pencemaran air mentah menyebabkan loji rawatan Sungai Semenyih dihenti tugas pada pukul 10 pagi.

Ia berkata, beberapa kawasan akan terjejas disebabkan oleh gangguan bekalan air tidak berjadual, secara berperingkat.

"Pada masa ini, masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loki dan pemulihan bekalan. Ia bergantung kepada tahap pencemaran," menurut kenyataan itu.

Air Selangor turut memberitahu bahawa kemaskini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, dan tindakan diambil bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan air.

Ia menasihatkan para pengguna untuk memuat turun aplikasi Air Selangor atau layari laman web www.airselangor.com untuk lebih banyak maklumat dan kemaskini.

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menerusi Facebook memberitahu, loji rawatan itu dihenti tugas pada pukul 7.15 pagi Sabtu disebabkan oleh pencemaran bau seakan pelarut.

"Luas, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang berusaha mengenal pasti punca dan menangani pencemaran berkenaan," tambah kenyataan itu.

Kawasan-kawasan yang terjejas adalah seperti berikut: 

Apartment Megaria

Astro

Bandar Bukit Puchong

Bandar Pinggiran Putra

Bandar Puchong Jaya

Bandar Puchong Utama

Bandar Puteri Puchong

Bandar Putra Permai

Bukit Serdang

Desaminium

Hospital Serdang

Hotel Nouvelle

Shell dan Petron Seri Kembangan

Institut Pertanian Serdang

Kampung Batu 14 Puchong

Kampung Bersatu Puchong

Kampung Kenangan Puchong

Kampung Kuala Sungai Baru

Kampung Sri Aman

Kampung Sri Langkas

Kampung Tengah

Kondo Desa Milenia

KTM Serdang

Laman Grandview

Lestari Perdana

Mardi

Pasar Borong Selangor

Perdagangan Seri Kembangan

Perindustrian Bukit Puchong

Perindustrian Bukit Serdang

UPM

National Hydraulic Research Institute of Malaysia

Puchong Gateway

Puchong Utama

Pusat Bandar Puchong

Serdang Jaya

Serdang Lama

Serdang Perdana

Serdang Raya

Seri Kembangan

Taman Universiti Indah

Taman Bukit Ikhlas

Taman Dato Demang

Taman Equine

Taman Jinma

Taman Kembangsari

Taman Kota Perdana

Taman Lestari Putra

Taman Muhibbah

Taman Mutiara Indah

Taman Perindustrian Putra Permai

Taman Perindustrian Subang

Taman Puchong Hartamas

Taman Puchong Intan

Taman Mutiara Puchong

Taman Perindustrian Puchong

Taman Puchong Prima

Taman Puchong Tekali

Taman Puncak Jalil

Taman Saujana Puchong

Taman Sri Andalas

Taman Sri Puchong

Taman Sri Serdang

Taman Wawasan Puchong

USJ 1 to USJ 15

USJ 16 to USJ 27

Veterinar UPM

Wisma Hua Zhong

BHP dan Petronas Lebuhraya Besraya Wisma Standard Chartered Technology Park

UPM Infoport - The Star

Artikel Lain