suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 pegawai TLDM dijangkiti H1N1 selepas pulang bercuti di Johor

Keadaan itu bermula awal bulan ini setelah mereka pulang daripada bercuti di Johor. FOTO: BERNAMA.

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan dua pegawainya yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1).

Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu bermula awal bulan ini setelah mereka pulang daripada bercuti di Johor.

“Setakat ini keadaan terkawal dan warga TLDM melaksanakan rutin kerja seperti biasa, sehubungan itu masyarakat awam yang berurusan di Pangkalan TLDM Lumut tidak perlu khuatir,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan pengurusan tertinggi TLDM sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap warganya dari semasa ke semasa melalui kerjasama Hospital Angkatan Tentera Lumut (HAT 96), dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. - BERNAMA.

TLDM, H1N1

Artikel Lain