suria

Harga RON97 turun 6 sen seliter, RON95 dan diesel tak berubah

Penetapan harga mingguan itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Jumaat.

HARGA minyak RON96 turun kepada 6 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal seperti minggu lalu.

Pengumuman harga minyak terbaharu untuk minggu berkuat kuasa 21 Disember itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Jumaat.

Ujar kementerian, harga RON97 turun daripada RM2.64 seliter kepada RM2.58 seliter.

Manakala, RON95 dijual pada harga RM2.08 seliter dan diesel, RM2.18 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," ujar kementerian itu.

Mekanisma harga minggu itu diperkenalkan pada 5 Januari berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menerusi sistem ini, harga minyak akan diumumkan pada Jumaat dan kekal untuk tempoh seminggu, pada setiap minggu. - The Star.

harga minyak, diesel, RON97, RON95

Artikel Berikut

Artikel Lain