Esther Ng, editor wanita pertama Malaysia dipilih anggotai WEF - Semasa | mStar

Esther Ng, editor wanita pertama Malaysia dipilih anggotai WEF

Esther Ng.

FORUM Editor Dunia (WEF) berprestij menerima editor wanita pertama dari Malaysia sebagai lembaga penasihatnya.

Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star (SMG), Esther Ng merupakan antara tujuh individu yang dilantik untuk jawatan itu dalam mesyuarat di Paris minggu ini.

WEF adalah rangkaian editor berpangkalan di Paris, Perancis dalam Persatuan Penerbit Berita Dunia (WAN-IFRA).

Menyifatkan pelantikan itu sebagai satu pengiktirafan kepada SMG dan peranan negara dalam membentuk industri media global, Esther berjanji untuk mengharumkan nama syarikat dan juga negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Wong Chun Wai Dipilih Sertai Lembaga WEF

"Ia penghormatan terbesar bukan sahaja bagi saya sebagai seorang wanita dan editor tetapi untuk The Star dan juga Malaysia kerana diberi peluang mengetuai badan media dunia.

"Ia satu keistimewaan berdiri bersama rakan sejawatan ketika kami berusaha menentukan semula cara industri ini beroperasi dan menyampaikan kualiti kewartawanan serta infotainment berkualiti dalam menghadapi model perniagaan baharu, platform yang semakin berkembang dan selera terhadap kandungan visual yang meningkat naik," katanya.

Sebagai kumpulan media di Asia untuk mengintegrasikan pelbagai platform termasuk media cetak, digital, video on demand dan radio, kerjasama lebih erat juga perlu terjalin.

Ng berazam untuk membanggakan nama syarikat dan juga negara.

"Ia merupakan tempoh menarik untuk industri. Anda tidak boleh bekerja secara berasingan jika mahu berkembang maju di dunia tanpa sempadan.

"Pengalaman Asia perlu dikongsi bersama jika kita mahu mencorak masa depan yang mampan bagi media di seluruh negara.

"Saya bangga menjadi sebahagian daripada mereka yang diberi kepercayaan agar suara kami didengari," katanya.

Penasihat Editorial SMG, Datuk Seri Wong Chun Wai yang juga rakyat Malaysia pertama dilantik untuk mengetuai WEF pada 2012, meletak jawatan bulan lalu.

Menyifatkan pelantikan itu sebagai satu pengiktirafan, Chun Wai berkata Esther akan membanggakan SMG dan negara di platform global.

"Saya amat bangga kerana WEF memilih Esther untuk jawatan itu, dan lebih penting lagi, ikon media dunia telah memilih wakil Malaysia dari The Star bagi memegang jawatan itu," katanya.

Ia penghormatan terbesar bukan sahaja bagi saya sebagai seorang wanita dan editor tetapi untuk The Star dan juga Malaysia kerana diberi peluang mengetuai badan media dunia.

ESTHER NG.

Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star (SMG).

WEF juga melantik Editor Berita Strategi Global Media Reuters Jane Barrett (UK), Ketua Editor Kumpulan Media Global Diário de Notícias Catarina Carvalho (Portugal), Editor Boston Globe Brian McGrory (AS), Eksekutif Editor Kumpulan Media Kebangsaan Pamella Sittoni (Kenya), Ketua Pengarang South China Morning Post Tammy Tam (Hong Kong), dan Ketua Pengarang Globe and Mail David Walmsley (Kanada) sebagai lembaga penasihatnya.

Presiden WEF dan Editor Straits Times, Warren Fernandez berkata individu yang dipilih itu akan membawa kepakaran dan kepelbagaian kepada WEF.

Beliau berkata WEF amat teruja kerana mereka yang dipilih dapat membawa nilai tambah ke dalam perbincangan mengenai cabaran dihadapi media hari ini.

"Mereka ada tanggungjawab besar untuk digalas memandangkan beberapa editor penting meletak jawatan bagi membolehkan pelantikan baharu.

"Tetapi berdasarkan pengalaman dan komitmen mereka terhadap industri media, saya yakin mereka akan membawa nilai tambah dalam perbincangan kami mengenai hala tuju media hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Esther Ng , SMG , The Star , WEF

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain