Suami sedih isteri maut kemalangan - “Kami baru sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas” - Semasa | mStar

Suami sedih isteri maut kemalangan - “Kami baru sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas”

Salwati Yaakob, 28, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Km317 Lebuh Raya Utara Selatan.

SUDAH tentu saya sedih kerana kami baru sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas, demikian luahan suami mangsa kemalangan maut di Tapah, Perak, Azman Syah Gusti.

Isterinya Salwati Yaakob, 28, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Km317 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, Selasa malam.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 maut dalam kemalangan libatkan 7 kenderaan dekat Tapah

Azman Shah, 28, juruteknik di Setapak, Kuala Lumpur berkata ketika kejadian dia dan isteri bersama seorang lagi rakan wanita isterinya dalam perjalanan dari Kuala Kedah, Kedah untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Kami melangsungkan majlis perkahwinan hujung minggu lalu di kampung halaman isteri di Kuala Kedah dan sepatutnya majlis persandingan pihak keluarga lelaki akan diadakan di Sungai Buloh, Selangor pada 24 November ini.

"Saya terima dengan reda walaupun sedih dengan pemergiannya," katanya ketika ditemui Bernama di perkarangan Unit Forensik Hospital Tapah di sini, hari ini.

Ibu Salwati, Zaimah Hamim, 46, berkata anak sulung daripada tujuh beradik tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum dia dan suaminya bertolak dari Kuala Kedah kira-kira 6 petang, Selasa.

"Makcik berborak seperti biasa dengan arwah sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, tak nampak apa-apa perubahan pun," katanya memaklumkan anak perempuannya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan empat lori, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia serta Honda Accord.

Wan Azharuddin berkata turut maut di lokasi ialah Beh Xiu Zhung, 5, penumpang Pajero.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori muatan kertas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan melanggar belakang kenderaan Perodua Axia dan seterusnya menyebabkan pelanggaran antara kenderaan yang lain. - BERNAMA.

Salwati Yaakob , Azman Syah Gust

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain