suria

Najib diperintah bela diri terhadap semua tujuh pertuduhan SRC

Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi Isnin. Foto: Bernama

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengumumkan keputusan itu pada  11.34 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak akan buat bayaran RM42 juta jika tahu itu akaun Najib" - Saksi 

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri Najib, 66, bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.

Anggota Parlimen Pekan itu dituduh melakukan semua kesalahan itu antara 17 Ogos , 2011 dan 2 Mac, 2015.

Najib yang merupakan perdana menteri keenam dari 2009 sehingga 2018 ialah ketua kerajaan yang pertama di Malaysia dihadapkan ke mahkamah. - BERNAMA

Artikel Lain