suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH360 ke Beijing berpatah balik kerana masalah gear pendaratan

Penerbangan MH360 pada 9 November yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu terpaksa berpatah balik ekoran masalah gear pendaratan. Gambar sekadar hiasan. Foto Caters News Agency

PENERBANGAN Malaysia Airlines MH360 pada 9 November yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu terpaksa berpatah balik ekoran masalah gear pendaratan.

Dalam kenyataan pada Ahad, Malaysia Airlines berkata demi keselamatan penumpang, kapten pesawat membuat keputusan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Pesawat itu mendarat dengan selamat pada pukul 9.03 malam pada hari yang sama dan sedang diperbaiki oleh jurutera.

"Penerbangan MH360 kemudian ditukar dengan pesawat lain, berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.30 pagi 10 Nov dan tiba di Beijing pada pukul 6.35 pagi pada hari yang sama," menurut syarikat penerbangan itu.

Malaysia Airlines berkata, makanan ringan disediakan untuk semua penumpang dan syarikat penerbangan itu juga mengatur semua penerbangan sambungan seterusnya.

"Keselamatan adalah keutamaan nombor satu Malaysia Airlines pada setiap masa pihak kami menyesali kesulitan yang dihadapi penumpang," tambah kenyataan itu. - Bernama

Malaysia Airlines, MH360

Artikel Lain