Hisap vape selama 2 minggu, remaja masuk ICU gara-gara komplikasi paru-paru

Remaja itu didiagnos menghidapi beberapa kerosakan bahagian dalam paru-paru disamping simptom rhabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang. (Gambar Hiasan).

SEORANG remaja lelaki telah dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape, menjadikan kes pertama yang dilaporkan di Labuan.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Jumaat, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, satu pemeriksaan meyeluruh telah dilakukan bagi mencari punca sebenar remaja berusia 17 tahun itu, menghidapi komplikasi paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 minggu hisap vape, doktor kesan lelaki ditahan sebab denggi ada satu lagi penyakit - “Saya perlu dibedah, paru-paru divakum”

“Remaja lelaki itu telah dimasukkan ke hospital pada 4 Nov akibat kesukaran bernafas, beliau seorang penghidap asthma dan telah diberikan rawatan bagi mengubatinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Bagaimanapun semasa di ICU, beliau telah didiagnosis menghidapi beberapa kerosakan bahagian dalam paru-paru disamping simptom rhabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang,” katanya.

Dr Ismuni berkata, berdasarkan kepada siasatan mendapati remaja itu menghisap vape selama dua minggu, sebelum beliau dimasukkan ke ICU.

“Siasatan kami juga mendedahkan yang remaja itu bukan sahaja menghadapi beberapa kerosakan pada bahagian dalaman paru-paru, namun ia boleh juga disebabkan oleh penyakit otoimun yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia atau menghisap vape…. penyiasatan kami masih berjalan … Saya minta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati privasi keluarga remaja tersebut,” katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain