suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Mahathir nasihat calon SPM tenang hadapi peperiksaan

Peperiksaan SPM fasa dua akan berlangsung bermula hari ini hingga 28 November sementara peperiksaan STPM berlangsung semalam sehingga 13 November depan.

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) supaya sentiasa tenang menghadapi cabaran peperiksaan.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir berharap semua pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM supaya menghadapi cabaran dengan tenang dan membuat persediaan yang cukup untuk mendapat keputusan yang sebaik mungkin.

“Untuk peperiksaan, kita perlu ulang balik segala yang kita dapat sepanjang tahun dan ulang berkali-kali bermakna kita tidak akan lupa tentang isi kandungan jawapan yang diperlukan.

“Saya berdoa semua penuntut akan lulus dengan baik dan saya harap mereka akan gembira selepas peperiksaan diumumkan (tamat),” kata Dr Mahathir.

Peperiksaan SPM fasa dua akan berlangsung bermula hari ini, hingga 28 November sementara peperiksaan STPM berlangsung semalam sehingga 13 November depan. - BERNAMA

SPM, STPM, Tun Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia