suria

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa

Nasharudin Mat Isa.

BEKAS timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan berkaitan dengan pengubahan wang haram pada Selasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan pada Isnin memberitahu, Nasharudin, 57, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk pendakwaan.

Menurut kenyataan itu, beliau akan didakwa kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

"SPRM menahan Nasharudin pada pukul 2 petang semasa beliau hadir ke ibu pejabat untuk proses siasatan akhir.

"Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM," menurut suruhanjaya itu.

Nasharuddin yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) merupakan antara pemimpin PAS yang dipanggil oleh SPRM awal tahun ini berhubung dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno. - The Star

Artikel Lain