Bapa arwah Adib masih sebak - “Kehilangannya cukup berat buat kami” - Semasa | mStar

Bapa arwah Adib masih sebak - “Kehilangannya cukup berat buat kami”

Mohd Kassim sentiasa mengunjungi pusara anak ketiganya di Kampung Tebengau. Foto: Sinar Harian

BAPA kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengakui jiwanya lebih tenang selepas kembali mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata, dia dan isteri, Asma Aziz, 51, berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan segala-galanya dan dilapangkan dada mereka untuk menerima segala ketentuan.

"Syukur Alhamdulilah, sekembali dari tanah suci, hati kami lebih tenang dan tidak lagi rasa 'berat' seperti sebelum ini.

"Saya dan isteri tetap mengunjungi kubur arwah jika berkelapangan untuk melepaskan rasa rindu walaupun tidak pergi setiap hari seperti sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Kassim berkata, sebelum ini dia dan Asma setiap hari mengunjungi pusara anak ketiganya itu di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As Saadah, Kampung Tebengau, dekat sini untuk melepaskan kerinduan.

"Selepas solat Subuh di Masjid As-Saadah, mereka berdua akan mengunjungi pusara Allahyarham untuk membaca doa dan menyedekahkan surah al-Fatihah.

"Jika sehari tidak ke kuburnya kami rasa tidak lapang sebab sentiasa teringat arwah, namun selepas mengunjungi dan menatap kuburnya, kami rasa lega dan lapang," katanya.

Mohd Kassim membaca doa dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Adib.

Katanya, dia mengakui kehilangan Adib satu tamparan cukup besar buat mereka sekeluarga dan sebak apabila mengenang ataupun bercerita tentang anaknya itu.

"Sungguh, kehilangannya cukup berat buat kami. Saya kadang-kadang mahu mengelak untuk bercerita tentang arwah Adib apabila mahu ditemu bual oleh wartawan sebab saya akan sebak.

"Tapi saya syukur kerana ramai yang memberikan sokongan kepada kami. Malah ada yang kami tidak kenal sanggup datang dari seluruh negara untuk berjumpa menyampaikan ucapan takziah dan menziarahi kubur arwah Adib sehingga hari ini," katanya.

Mohd Kassim berharap keputusan prosiding inkues pada Jumaat ini mampu memberikan keadilan kepada arwah anaknya selepas 30 saksi dipanggil memberi keterangan dan 137 eksibit dikemukakan kepada mahkamah yang mana prosiding bermula pada 11 Februari lalu.

"Keputusan inkues ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh keluarga kami tetapi juga seluruh rakyat di negara ini dalam usaha mencari keadilan buat arwah," katanya lagi.

Allahyarham Adib terkorban selepas rusuhan di Kuil Seri Maha Mariaman USJ 25 pada 27 November tahun lalu dan prosiding inkues dilakukan dalam mencari punca kematian anggota bomba tersebut.

Adib , Bomba , Inkues , Mohd Kassim

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain