suria

Kanak-kanak dicabul di pasar raya, lelaki durjana diburu polis

Tangkapan skrin video seorang kanak-kanak dicabul seorang lelaki.

POLIS memburu seorang lelaki, yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah pasar raya di Country Homes, Rawang.

Video yang tular di media sosial itu, menunjukkan lelaki berkenaan memeluk kanak-kanak itu dari arah belakang sebelum menggesel bahagian kemaluannya mendekati punggung mangsa.

Klip video itu turut menunjukkan lelaki tersebut beredar dari tempat kejadian selepas mencabul mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Mansor berkata, insiden berlaku pada pukul 6.19 petang 10 Julai lalu.

"Bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis berhubung kejadian.

"Kita menggerakkan sumber untuk menjejaki dan menahan suspek secepat mungkin," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak. - The Star

cabul, kemaluan

Artikel Lain