suria

Sanggup beli sebiji durian hampir RM200,000

Durian jenis Kanyao menunggu masa untuk ranum. Foto The Nation/Asia News Network

BERAPA harga yang anda sanggup bayar untuk makan raja buah?

Seorang ahli perniagaan sanggup membayar 1.5 juta baht (RM199,289) untuk sebiji durian jenis Kanyao pada sesi lelongan di festival Raja Buah 2019 di Nonthaburi, Thailand pada Sabtu.

Dilaporkan durian Kanyao itu dikatakan durian paling mahal di dunia, mencatatkan rekod tahun lalu dengan harga jualan 800,000 baht (RM106,118).

Majlis tersebut menarik perhatian puluhan pencinta buah yang kaya-raya dan durian-durian yang terjual diambil dari ladang berdekatan.

Lelongan untuk buah tersebut bermula pada harga 20,000 baht.

Sembilan buah dipilih kerana saiz dan bentuk yang sempurna serta ranum.

Selain Kanyao, antara lain adalah jenis Monthing dan Kop Med Tao, yang terjual lebih 300,000 baht (RM39,794) setiap satu.

Peladang, Maliwan Han Chai Thai yang mencatatkan jualan durian pecah rekod itu tidak menjangka harga durian tersebut mencecah lebih 1 juta baht.

"Saya tahu ia adalah durian yang sangat istimewa tetapi saya kagum berapa tinggi harga yang dijual. Saya menjangkakan 1 juta baht, jadi kalau terjual lebih tinggi adalah sangat baik.

"Saya berharap pembida dengan harga tertinggi menikmati durian tersebut. Variasi ini adalah yang paling enak di dunia dan kita akan mengembangkannya," katanya kepada Newsflare.

Lelongan itu mengumpul hasil jualan 4.5 juta baht (RM596,624), yang akan diberikan kepada ladang dan disumbangkan kepada badan amal tempatan untuk membeli kelengkapan perubatan hospital. - The Star

durian, Kanyao

Artikel Lain