7 tahun beraya di kedutaan, kali ini di rumah mertua... “Sambal petai pun dia makan” - Semasa | mStar

7 tahun beraya di kedutaan, kali ini di rumah mertua... “Sambal petai pun dia makan”

Fila dan suaminya beraya bersama keluarganya di Kampung Raja, Tunjang dekat Kubang Pasuk, Jitra Kedah.

SAMBUTAN Syawal kali ini lebih bermakna buat pasangan kahwin campur ini, Nurafilah Amir Rusdi dan Adama Mohamed Camara dari Guinea, Afrika Barat apabila pertama kali meraikan Aidilfitri sebagai suami isteri.

Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila yang baharu sahaja pulang menunaikan umrah pada 31 Mei lalu berkata, suaminya begitu teruja untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kampung Raja, Tunjang dekat Kubang Pasu, Jitra Kedah.

"Sebenarnya saya pernah beritahu suami tak apa kalau nak beraya di Makkah tapi suami kata nak balik Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati terpaut saat dipujuk ketika menangis, jejaka Guinea pilihan anak Kedah ini bukan biasa-biasa!

ARTIKEL BERKAITAN: Pujukan di 'mall' bawa ke jenjang pelamin, hasrat pasangan ini terbang ke Makkah dimakbulkan, "Niat berhijab sepenuhnya ada..."

"Dia kata nak merasai suasana beraya di kampung bersama dengan keluarga saya," katanya kepada mStar.


Fila berkahwin dengan Adama selepas perkenalan singkat di sebuah pusat membeli-belah. Foto ihsan Aus Afan

Jelas wanita berusia 24 tahun itu, meskipun ini tahun ketujuh suaminya beraya di negara ini, sambutan kali ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Kalau ikutkan dia selalu beraya di KL... tak silap saya ini tahun ketujuh. Sebelum ini tiap kali raya di akan pergi ke pejabat kedutaan mereka.

"Mereka akan makan masakan tradisional masyarakat Guinea di situ. Dia memang tak balik negaranya sebab sambutan Aidilfitri di sana biasa-biasa saja.

"Tapi bila Hari Raya Aidiladha memang dia akan balik sana kerana perayaan itu akan disambut secara besar-besaran," katanya.

Dalam pada itu, anak kedua daripada empat beradik itu memberitahu suaminya teruja menikmati masakan Melayu yang dihidang semasa Aidilfitri.

"Suami memang tak pernah makan juadah raya Melayu. Jadi masa sambutan ni dia cuba semua hidangan raya seperti ketupat dan rendang.

"Tapi dia suka masakan mak seperti siakap masak tiga rasa, sambal petai yang saya sendiri tak makan, kari ikan dan nasi lemak. Dia juga suka hidangan pedas," katanya.

Pengantin bersama keluarga sebelah perempuan dan rakan Adama. Foto ihsan Aus Afan.

Pasangan ini menarik perhatian netizen apabila kisah perkahwinan mereka disiarkan mStar pada 29 April lalu.

Kedua-duanya sepakat menyulam cinta mereka selepas perkenalan singkat di sebuah pusat membeli-belah ke jenjang pelamin pada 26 April lalu.

Mereka juga berjaya merealisasikan hasrat untuk menunaikan umrah selepas pda 26 Mei lalu, sebulan selepas mendirikan rumah tangga.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain