Budak 9 tahun terperangkap dalam mesin basuh kedai dobi - Semasa | mStar

Budak 9 tahun terperangkap dalam mesin basuh kedai dobi

Kanak-kanak perempuan itu berjaya diselamatkan bomba.

SEORANG kanak-kanak perempuan terperangkap dalam mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Larkin Perdana 2 dekat Taman Larkin Perdana di Johor Bahru pada Ahad.

Difahamkan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dikatakan bermain bersama rakannya di premis berkenaan sebelum masuk ke dalam mesin basuh tersebut.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Kamil Zulkifli berkata mereka menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira pukul 4.38 petang.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dipercayai masuk ke dalam mesin basuh itu dan ditutup oleh rakan yang lain.

Bomba mengambil masa selama tiga minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Perkara itu disedari orang dewasa yang lain apabila hendak menggunakan mesin basuh di kedai itu. Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dengan memotong kunci pada penutup mesin basuh berkenaan.

“Kita mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada maklumat mangsa yang dapat diperoleh kerana dia masih trauma dan terus berlari balik ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Kamil berkata operasi menyelamatkan mangsa berakhir pada pukul 4.55 petang.

mesin basuh , terperangkap , dobi , budak perempuan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain