suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan enam kenderaan, penunggang motosikal umur 52 tahun meninggal dunia

Keadaan di lokasi kejadian akibat kemalangan yang berlaku.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan enam kereta lain di Jalan Istana menghala ke Sungai Besi, malam Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 8.47 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mazuri Mat Zain dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Penunggang motosikal berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala beberapa pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan manakala yang cedera diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA

penunggang motosikal, kemalangan

Artikel Lain