suria

Ratusan ikan mati di Sungai Melaka, dipercayai tercemar

Ikan mati di Sungai Melaka. Foto twitter bernamadotcom

INSIDEN pencemaran di Sungai Melaka di Melaka mengakibatkan ratusan ikan air tawar mati.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong menyifatkan insiden pada Isnin tidak boleh diterima dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencemarkan sungai tersebut.

"Penduduk Melaka kesal dengan pencemaran di sungai tersebut, dan ia merupakan insiden terburuk tahun ini," katanya pada Isnin selepas melihat lokasi kejadian dekat Taman Rempah di Melaka.

Chee Leong berkata, Jabatan Alam Sekitar masih menyiasat punca pencemaran itu.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati terdapat pelepasan sisa bahan kimi di Malim.

"Usaha sedang dijalankan untuk mengumpul ikan mati sebelum kesemuanya tenggelam ke dasar sungai," tambahnya. - The Star


ikan, sisa bahan kimia, Sungai Melaka

Artikel Lain