suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkhidmatan MRT tergendala gara-gara trek laluan diceroboh

Orang ramai terpaksa keluar dari stesen MRT selepas perkhidmatan itu tergendala pada Rabu.FOTO: Twitter @izzatykawaii

TINDAKAN seorang penceroboh yang memasuki landasan Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Taman Connaught dan Bandar Tun Hussein Onn pada Rabu menyebabkan perkhidmatan itu tergendala.

Menerusi beberapa siri Tweet, pengendali akaun rasmi Twitter MRT berkata, bas perantara turut disediakan untuk penumpang yang terkandas.

Malah, kejadian itu tidak menjejaskan stesen lain kecuali laluan antara dua stesen itu sahaja.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar pukul 6 petang.

Pihak MRT turut menasihatkan agar pengguna terjejas mencari pengangkutan alternatif lain untuk ke destinasi sementara menunggu perkhidmatan pulih seperti biasa. -The Star.

MRT, penceroboh

Artikel Lain