Dua cedera susulan kebakaran, letupan di Pengerang - Semasa | mStar

Dua cedera susulan kebakaran, letupan di Pengerang

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.20 pagi Jumaat.

DUA warga tempatan disahkan cedera dalam insiden kebakaran di satu daripada lot tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah yang mengesahkan perkara itu berkata kejadian berlaku kira-kira 1.20 pagi Jumaat.

Katanya, Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dengan lima kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petronas RAPID Pengerang dengan kekuatan 30 kakitangan telah diaktifkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan mengenai insiden itu.

“Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.15 pagi tadi.

“Kedua mangsa yang merupakan pengawal keselamatan itu, telah dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahsmon berkata siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan akan dibuat bersama-sama Jawatankuasa Keselamatan Dan Sosial (Jaksas) Negeri Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak Pengurusan Keselamatan Petronas RAPID Pengerang.

“Pihak polis memuji tindak balas ERT Petronas RAPID Pengerang yang dapat mengawal sepenuhnya insiden terpencil ini dalam masa yang singkat,” katanya.

Sementara itu, Petronas dalam satu kenyataan berasingan mengesahkan satu letupan dan kebakaran telah berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang.

Bagaimanapun, siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

letupan , kebakaran , Pengerang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain