suria

Gnanaraja ditahan, bakal didakwa ubah wang haram

Gnanaraja.

AHLI Perniagaan, G. Gnanaraja ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin.

Beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Ahad, pada kira-kira pukul 11.40 pagi.

Sumber memberitahu, pendakwa mendapat kebenaran daripada Pejabat Peguam Negara untuk menahan Gnanaraja.

"Dia akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin dan berdepan dengan pertuduhan di  bawah Akta Pencegahan Pengubahan. Wang Haram, Pencegahan. Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," menurut sumber.

Gnanaraja sebelum ini berdepan dengan tiga tuduhan menipu seorang pengarah urusan yang membayarnya RM19 juta dalam tiga urus niaga antara Julai dan Ogos 2017.

Dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di atas dakwaan menerima wang tersebut untuk membantu menyelesaikan siasatan SPRM. - The Star

Gnanaraja, SPRM

Artikel Lain