suria

Kerajaan belum putuskan jumlah pampasan kepada mangsa pencemaran sisa toksik

Tinjauan dari udara memperlihatkan keadaan Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang pada 18 Mac lalu. fotoBERNAMA

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan belum memutuskan jumlah pampasan kepada mangsa pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Beliau berkata kerajaan pada masa ini memberi tumpuan terhadap kesihatan dan rawatan kepada mangsa serta mencari langkah pencegahan supaya kejadian sama tidak berulang.

"Kejadian Sungai Kim-Kim ini baru berlaku, setakat sekarang apa yang kerajaan mengambil tanggungjawab adalah untuk memberikan mereka (mangsa) kesihatan dan rawatan yang diperlukan.

"Untuk pampasan, belum lagi dikira berapa atau bagaimana nak diberikan pampasan kepada mereka," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai jumlah bantuan terhadap mangsa kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim. - BERNAMA

sisa toksik, Sungai Kim Kim

Artikel Lain