Bonda tiri Sultan Ibrahim, Tengku Puan Zanariah mangkat - Semasa | mStar

Bonda tiri Sultan Ibrahim, Tengku Puan Zanariah mangkat

Foto kredit Facebook: The Royal Johor

BONDA tiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada usia 79 tahun.

Khabar mengenai kemangkatan baginda disahkan oleh Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook dan Instagram baginda pada pukul 8.10 pagi Isnin.

Almarhumah Tengku Puan Zanariah yang sebelum ini menggunakan gelaran sebagai Sultanah Zanariah merupakan permaisuri kedua Sultan Iskandar selepas mendirikan perkahwinan pada 1961.

ARTIKEL BERKAITAN: Bonda Sultan Johor mangkat

Posting yang dimuat naik oleh Sultan Ibrahim di laman Instagram milik baginda.

Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 hingga 1989.

Almarhumah Tengku Puan Zanariah merupakan anakanda ketujuh daripada sembilan beradik kepada Tengku Panglima Raja Kelantan.

Sebelum ini, media melaporkan bonda kepada Sultan Johor Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, 83, telah mangkat di London pada 1 Jun tahun lalu.

Sultanah Zanariah

Artikel Sebelum

Artikel Lain