suria

Timbalan ketua pengarang Sin Chew Daily maut dalam gempa di Lombok

Seorang penduduk Montong Gading, Lombok Timur, berdiri di rumahnya yang runtuh akibat gempa bumi, Ahad.- Foto Jakarta Post

GEMPA bumi bermagnitud 5.8 di Lombok, Indonesia menyebabkan tanah runtuh dan mengorbankan beberapa nyawa termasuk seorang warga Malaysia dan enam lagi rakyat negara ini hilang.

Gempa bumi tersebut yang berlaku pada pukul 2.07 petang waktu tempatan turut menyebabkan 40 pelancong terperangkap di air terjun Tiu Kelep di Kampung Senaru.

Warga Malaysia yang terbenuh dikenal pasti sebagai timbalan ketua pengarang eksekutif Sin Chew Daily, Datin Tai Siew Kim.

Anaknya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital.

Siew Kim juga merupakan isteri kepada ketua pengarang China Press, Datuk Teoh Yang Khoon.

"Kementerian Luar menerima laporan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang meninggal dunia, sementara enam lagi hilang selepas gempa bumi melanda timur Lombok.

"Kementerian ingin menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.

Dilaporkan bahawa gempa bumi tersebut turut dirasai di utara Lombok dan beberapa kawasan termasuk Bali.

Kementerian menggesa semua rakyat Malaysia yang terjejas agar menghubungi Kedutaan Malaysia di Jakarta di talian +(6221) 522 4947 atau +62 813 8081 3036.

Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di 03-88874570. - The Star

gempa Lombok

Artikel Lain