Seorang maut dipanah petir di padang bola - Semasa | mStar

Seorang maut dipanah petir di padang bola

SEORANG maut, manakala empat lagi cedera selepas dipanah petir, semasa bermain bola di padang di Shah Alam pada Ahad.

Insiden berlaku di Jalan Setia Murni U13/51 Setia Alam, Shah Alam, petang Ahad.

Mangsa yang terbunuh dan cedera adalah warga Myanmar etnik Rohingyan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh mengesahkan kes tersebut ketika dihubungi.

"Setakat ini, terdapat satu kematian. Salah seorang pemain dibawa ke hospital, manakla tiga lagi mengalami cedera ringan," katanya.

Sumber memberitahu, pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian pada kira-kira 6 petang. - The Star

petir