TPM harap misteri kehilangan MH370 dapat diselesaikan - Semasa | mStar

TPM harap misteri kehilangan MH370 dapat diselesaikan

Dr Wan Azizah (tengah) melakukan senaman ringan pada Program Brisk Walk di Jejak Sisiran Putrajaya pada Jumaat. Foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap misteri kehilangan MH370 lima tahun lepas akan dapat diselesaikan supaya kesemua mangsa dapat disemadikan dengan baik dan waris mereka lebih tenang.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Malaysia Airlines (MAS) yang berharap pihak berkuasa mempertimbangkan langkah untuk mengaktifkan semula misi pencarian pesawat berkenaan, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Kalau bolehlah...hendak juga (pencarian diteruskan). Takkan hilang begitu sahaja. Sekurang-kurangnya ada rangka boleh tengok dan disemadikan. Waris juga lega apabila mangsa dapat semadikan secara baik," katanya kepada pemberita ketika program Brisk Walk Timbalan Perdana Menteri di Taman Laman Perdana di Putrajaya pada Jumaat.

Dr Wan Azizah berkata beliau sentiasa mengingati mereka yang terlibat dalam MH370, satu tragedi yang menjadi misteri hingga sekarang.

"Saya berharap keluarga mangsa bersabar, berdoa dan dapat teruskan kehidupan masing-masing," katanya lagi.

MH370 hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 227 penumpang dan 12 kru. - BERNAMA

MH370 , Dr Wan Azizah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain