suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Jual, sembelih hidupan liar

Gambar inid dirakamkan di Centrepoint Tamu Miri.

MAKLUMAT daripada orang awam tersebar mengenai jualan dan penyembelihan hidupan liar di bandar Miri, Sarawak.

Pada pagi Ahad, The Star menerima maklumat mengenai jualan tuntung, kura-kura, tupai, haiwan reptilia dan sangkar yang tersembunyi di bawah kaunter yang mungkin termasuk monyet.

Penjualan hidupan liar dilaporkan berlaku di Centrepoint Tamu dan Tamu Muhibbah di Miri, kawasan Pujut Corner, Pujut Padang Kerbau, Tudan E-Mart Tamu dan dalam van.

Seorang wanita memberitahu dia menyaksikan tupai dan tuntung dijual dan antaranya dilihat seperti baru disembelih di Centrepoint Tamu.

The Star menyampaikan maklumat itu kepada Datuk Bandar Miri, Adam Yii dan Jabatan Hidupan Liar Sarawak tetapi masih menunggu tindakan untuk diambil.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Miri, Musa Musbah berkata, pihak berkuasa perlu bertindak tanpa berlengah-lengah.

"Kita menerima maklumat yang sama mengenai kekejaman terhadap haiwan dan hidupan liar, dan telah menyerahkan maklumat itu kepada pihak berkuasa.

"Malangnya, hasilnya tak banyak. Mereka yang mempunyai kuasa yang diamanahkan menghentikan perdagangan kejam itu.

"Mereka perlu melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka," katanya.

Pada Jumaat, The Star Online memaparkan mengenai kekejaman dan menyelematkan dua kera di Miri.

Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Jabatan Perhutanan Sarawak bertanggungjawab mengenai isu hidupan liar, manakala Majlis Bandaraya Miri bertanggungjawab terhadap lesen perdagangan. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain