suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Keadan trafik di Lebuhraya Karak yang dirakamkan pada kira-kira pukul 1.30 petang Ahad.

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan setakat pukul 1.30 petang Ahad.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik arah utara bergerak perlahan dari Rawang menuju ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke arah Gopeng.

“Bagi arah selatan, kenderaan turut perlahan dari Kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Seremban, Ayer Hitam ke Yong Peng, Kulai ke Sedenak dan Skudai ke Senai,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, Ahad.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah dan Lentang ke Bentong.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah masih lancar setakat ini,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

PLUS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain