Dua mayat dikerat disyaki lelaki dan wanita ditemukan di Sungai Buloh - Semasa | mStar

Dua mayat dikerat disyaki lelaki dan wanita ditemukan di Sungai Buloh

DUA mayat yang dikerat beberapa anggota badan ditemukan di tepi sebatang sungai berhampiran taman perumahan Desa Coalfields di Sungai Buloh, petang Sabtu.

Tanpa menyatakan waktu penemuan mayat itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supritendan Shafa'aton Abu Bakar berkata kedua-dua mayat tersebut ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

“Mangsa disyaki masing-masing seorang wanita dan lelaki. Tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa. Mayat ada kesan torehan di beberapa bahagian badan.

“Maklumat awal mengatakan orang awam menemui tiga mayat tetapi apabila anggota kita tiba, hanya dua mayat yang ada,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput, kedua-dua mangsa dipercayai mati kira-kira dua minggu lepas dan dibunuh di tempat lain sebelum mayat dibuang berhampiran sungai tersebut.

Shafa'aton berkata 10 anggota bomba dikerahkan ke lokasi penemuan itu bagi membawa mayat keluar dari tempat tersebut dengan dibantu pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Mayat , kerat

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain