Anak positif ganja, Mat Sabu serahkan kepada polis jalankan tugas - Semasa | mStar

Anak positif ganja, Mat Sabu serahkan kepada polis jalankan tugas

Mohamad Sabu.

PETALING JAYA: Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengesahkan anak lelakinya dtahan polis selepas disyaki positif dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang malam Jumaat.

Menteri Pertahanan itu dalam satu kenyataan mengesahkan anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam antara salah seorang yang ditahan dalam serbuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menteri antara dua ditahan di pusat hiburan Baca lebih lanjut

"Assalamualaikum. Saya telah dimaklumkan penahanan anak saya Ahmad Saiful Islam Mohamad oleh pihak polis hari ini.

"Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

"Anak saya sama seperti anak orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara," katanya.

Suspek yang ditahan bersama-sama seorang lagi rakannya berusia 33 tahun merupakan antara 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam Op Pusat Hiburan, malam Jumaat.

Operasi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Mat Sabu

Artikel Berikut

RM300 - RM1,200 denda hilang pasport