suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Siti Hasmah lawat Adib di IJN

Keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot.

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa selama 45 minit melawat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) di sini Isnin.

Menurut sumber IJN yang mengesahkan perkara berkenaan, Dr Siti Hasmah tiba di IJN pada kira-kira 3 petang.

"Dr Siti Hasmah meninggalkan IJN pada kira-kira 3.45 petang dan hanya meninjau dari luar bilik kaca tempat Muhammad Adib dirawat," katanya.

Dr Siti Hasmah turut diiringi beberapa pegawai IJN dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi meninjau keadaan terkini tahap kesihatan Muhammad Adib.

Pada Ahad, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya. - BERNAMA

Muhammad Adib, Dr Siti Hasmah

Artikel Berikut

Artikel Lain