suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir kilat punca trafik sesak di Lebuhraya Kesas

Keadaan trafik yang sesak di Lebuhraya Kesas disebabkan oleh kejadian banjir kilat. - Facebook Yvonne Low

PETALING JAYA: Hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku di sepanjang Lebuhraya Kesas menuju ke Bukit Jalil pada Selasa.

Trafik perlahan disebabkan oleh hujan lebat di sekitar plaza tol Awan Besar dan Sri Petaling di lebuh raya tersebut sejak pukul 4 petang.

Bagaimanapun, menurut akaun Twitter Lebuhraya Kesas, banjir kilat berlaku kira-kira pukul 5.30 petang menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di sepanjang lebuh raya menuju ke Bukit Jalil dan Kuala Lumpur.

Trafik di sekitar Bukit Jalil telah sudah semakin sesak pada petang Selasa susulan berlangsungnya perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional pada malam Selasa. - The Star

Please do not use the Kesas highway to Bukit Jalil or Sri Petaling. You will stuck in massive jam! Photo and video taken out of my balcony. #suckchairtillsiao

Posted by Yvonne Low on Tuesday, December 11, 2018
KESAS, banjir kilat

Artikel Lain