Adib semakin pulih, tidak lagi bergantung pada mesin sokongan paru-paru - Semasa | mStar

Adib semakin pulih, tidak lagi bergantung pada mesin sokongan paru-paru

Muhammad Adib tidak lagi memerlukan mesin sokongan untuk paru-parunya berfungsi.

KUALA LUMPUR: Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah selepas diserang dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas tidak lagi memerlukan mesin sokongan Veno-Venous Extracorporeal Membrane Oxygenation (vv-ECMO) untuk paru-parunya berfungsi.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, para doktor telah menanggalkan mesin itu pada pukul 12 tengah hari selepas mendapati perkembangan dan keadaan klinikalnya yang beransur pulih.

"Dia telah menunjukkan kemajuan yang amat baik dalam tempoh 72 jam yang lalu. Beliau dapat berkomunikasi melalui papan tulis bersama keluarga dan penyedia penjagaan kesihatannya.

"(Bagaimanapun) Muhammad Adib masih memerlukan sokongan pernafasan melalui bantuan mesin ventilator dan dialisis. Terapi pemulihannya akan ditingkatkan untuk memantapkan kekuatan otot dan kekuatan untuk anggota bahagian atas dan bawah," menurut IJN.

Muhammad Adib menggunakan bantuan mesin tersebut sejak menerima rawatan di IJN.

Awal bulan ini, para doktor telah menghentikan mesin sokongan jantung apabila jantungnya dapat berfungsi dengan sendiri. -Bernama

Muhammad Adib

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isteri maut, suami cedera parah ditikam jiran