6 rakyat tempatan maut kebakaran rumah kedai

IPOH: Enam maut dalam kebakaran seunit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini, Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.55 tengah hari.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, permis tersebut sedang terbakar 40 peratus dan setakat ini enam orang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Jelapang Cheah Pou Hian berkata semua mangsa yang terlibat adalah warga tempatan.

Beliau dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat bunyi letupan kuat dan kemudian disusuli dengan kebakaran.

Berdasarkan papan tanda di premis tersebut, ia menjalankan perniagaan pengaturcara majlis, pembekal alatan majlis, khemah, siaraya dan lampu.-- Bernama

Puncak Jelapang Maju, Meru

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain