suria

'IQ seperti lobak', KJ akan pecat Lokman kalau jadi Presiden Umno

Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam di Twitter, sehingga menarik perhatian di media sosial.

Ia bermula apabila Lokman memberi komen terhadap status Khairy di Twitter, yang berkongsi video berbahas bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar yang lebih rendah, dibandingkan dengan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Status Twitter Khairy yang dimuat naik pada 1 Ogos lalu kekal berada di senarai atas aturan kemaskini akaunnya, yang memberitahu bahawa Kementerian Kewangan mengakui GST adalah lebih baik, tetapi ia perlu ditukarkan kerana janji pilihan raya, "Populisme politik menang atas dasar ekonomi yang kukuh."

Berhubung perkara itu, Lokman berkata: "dengan sikap yang menunjukkan ini, jangan bermimpi anda boleh menjadi Presiden Umno".

Namun tidak dipastikan mengapa Lokman memilih untuk memberi respons terhadap topik yang khusus di Twitter, pada Sabtu malam, sedang ia dimuat naik lebih tiga bulan lalu.

Maklum balas Khairy terhadap komen Lokman pula tidak mengambil masa lama.

"Lebih baik anda berdoa bahawa saya tidak menjadi Presiden Umno. Perkara pertama saya akan lakukan (jika jadi Presiden Umno) adalah memecat kamu kerana mempunyai IQ seperti lobak (IQ rendah)," kata Khairy kepada Lokman di Twitter, pada Ahad.

Artikel Lain