suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak boleh tangguh bayar PTPTN sebab Jho Low dah ambil RM50 bilion - Guan Eng

Lim Guan Eng (kiri) dan Jho Low.

SEMENYIH: Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dijanji Pakatan Harapan sukar direalisasikan berikutan kedudukan fiskal negara, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau akui kerajaan dihujani kritikan, selepas pengumuman baharu dibuat berhubung isu itu dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini, bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

“Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN), cuma (ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.

“Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low (ahli perniagaan Low Taek Jho), tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran FundMyHome.com, satu platform digital pembelian rumah menerusi skim pendanaan awam hartanah.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilapor berkata, mana-mana peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik PTPTN, sebagai usaha kerajaan meringankan bebanan rakyat.

Bagaimanapun, Lim pada pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lepas mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji berkadar antara dua hingga 15 peratus. - Bernama

Jho Low, PTPTN, Lim Guan Eng

Artikel Lain