47 MP Pakatan Harapan isytihar harta, Guan Eng 'paling kaya', Tun M tangga ketiga - Semasa | mStar

47 MP Pakatan Harapan isytihar harta, Guan Eng 'paling kaya', Tun M tangga ketiga

Guan Eng turut memasukkan nama isteri dan anaknya dalam mengisytiharkan jumlah pendapatannya itu.

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Lim Guang Eng mencatat pendapatan tertinggi berjumlah RM86,464.92, menurut Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Guan Eng turut memasukkan nama isteri dan anaknya dalam mengisytiharkan jumlah pendapatannya itu.

Senarai itu melibatkan 47 ahli Parlimen dari Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution berada di tangga kedua dengan pendapatan RM77,629.68, diikuti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pendapatan berjumlah RM75,861.57.

Senarai yang dipaparkan dalam portal SPRM.

Dr Mahathir mengisytiharkan harta itu bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah tidak berada dalam senarai tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada pada kedudukan ke-10 dengan pendapatan berjumlah RM59,048.33.

Dia mengisytiharkan harta itu bersama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anaknya, Nurul Izzah, ahli Parlimen Permatang Pauh tidak berada dalam senarai itu.

Senarai itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM dan setakat ini, seramai 47 ahli Parlimen kerajaan telah berbuat demikian.

Baki 76 lagi ahli Parlimen bagaimanapun belum membuat pengisytiharan harta mereka.

 

Lim Guan Eng , SPRM

Artikel Berkaitan

Artikel Lain