suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid hadir beri keterangan di SPRM

PUTRAJAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Rabu.

Beliau tiba pada kira-kira 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan berwarna putih tanpa polis pengiring.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM panggil Zahid berhubung dana Yayasan Akal Budi

Media sebelum ini melaporkan beliau dikehendaki hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Diiringi beberapa pegawai SPRM, Ahmad Zahid terus masuk ke dalam bangunan dengan puluhan wakil media tempatan dan antarabangsa hadir membuat liputan.

Isnin lepas, Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Ahmad Zahid turut memberi keterangan kepada SPRM pada Julai lalu. - Bernama

Ahmad Zahid, SPRM

Artikel Lain