Cukai baharu bakal diperkenalkan demi bayar hutang negara

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk dikenakan cukai baharu yang melibatkan beberapa pengorbanan dan penderitaan.

Langkah itu adalah bagi membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan baharu untuk membayar bebanan hutang yang tinggi disebabkan oleh pentadbiran terdahulu.

Perkara itu adalah mesej utama oleh perdana menteri menjelang Bajet 2019 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 November ini.

Bercakap dalam persidangan pelabur pada Selasa yang dihadiri oleh para pengurus bank dan pengurus dana, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hutang negara telah menjadikan Malaysia daripada harimau Asia kepada anak kucing kecil.

Lapor The Star, beliau berkata terdapat cadangan bahawa kerajaan memperkenalkan cukai baharu.

"Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang diterima oleh rakyat tetapi kita perlu memperkenalkan cukai baharu untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang," katanya dalam ucaptama pada persidangan "Malaysia: A New Dawn".

Persidangan itu dianjurkan oleh Malayan Banking Bhd, CIMB Group Holdings Bhd dan Kumpulan Perbankan RHB.

Dr Mahathir mengakui bahawa pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia dalam keadaan baik, tetapi ia 'dipisahkan' daripada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, ketidakpastian, tekanan yang digunakan oleh kerajaan ketika itu sehingga mereka tidak lagi percaya dengan negara ini," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, kerajaan boleh menjual beberapa asetnya untuk mendapatkan dana yang diperlukan untuk membayar hutang negara.

Tanah yang dimiliki oleh kerajaan, katanya, adalah contoh aset negara yang boleh dijual.

Beliau menyedari kerajaan sebelumnya telah menjual banyak tanah kepada orang asing.

cukai, Mahathir Mohamad

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain