suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran tsunami di Persiaran Gurney palsu!

PETALING JAYA: Video tular mengenai amaran tsunami di Persiaran Gurney pada Rabu adalah palsu.

Menurut pegawai bertugas di Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pihaknya tidak menerima sebarang amaran atau tanda-tanda tsunami.

"Tsunami berkaitan dengan gempa bumi. Pihak kami tidak menerima sebarang amaran, termasuk dari Indonesia.

"Jadi kemungkinan video yang tular itu adalah rakaman lama atau di tempat lain.

"Saya minta semua orang jangan terburu-buru menyebarkan berita atau maklumat tidak betul.

"Keadaan cuaca terkini boleh rujuk di laman sesawang MetMalaysia," ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Sebelum ini di laman Facebook tular sebuah video berdurasi 1.05 saat menunjukkan rakaman di sekitar bulatan Persiaran Gurney dengan bunyi siren amaran tsunami.

Tsunami, amaran tipu

Artikel Lain