suria

Zahid keluar dari bilik SPRM selepas lebih lapan jam

PUTRAJAYA: Selepas lapan jam memberi keterangan buat kali yang ketiga hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi keluar dari bilik siasatan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kelihatan ceria melambai tangan ke arah media, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meninggalkan kawasan lobi tepat jam 5.40 petang bersama anak perempuannya, Datuk Nurul Hidayah.

Hujan yang sebelum itu agak lebat menjadi renyai-renyai sebelum mereka menaiki  kenderaan jenis Land Cruiser berwarna putih.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen dan tidak menjawab soalan daripada wartawan.

"No pc darling," katanya kepada kumpulan wartawan tempatan dan antarabangsa yang menunggu di pekarangan pejabat SPRM sejak awal pagi.

Ahmad Zahid bersama anak perempuan serta adik lelakinya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi hadir untuk memberi keterangan berhubung salah guna dana milik Yayasan Akal Budi.

Bagaimanapun bekas Timbalan Perdana Menteri itu dijangka akan hadir semula esok (Khamis) bagi menyambung keterangannya.-Sinar Harian

Dr Ahmad Zahid Hamidi, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain