suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat remaja lemas di lombong ditemui

Pasukan operasi mencari dan menyelamat menemui mayat seorang remaja yang lemas di lombong di Taman Putra Perdana, pada KhamiS. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

PETALING JAYA: Mayat remaja berusia 17 tahun, Mohd Ilham Fahmy Mohd Azzam yang dilaporkan terjatuh di Taman Putra Perdana, Puchong, ditemui.

Ia disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada Khamis.

"Mangsa ditemui pada kira-kira pukul 5.45 petang, 800 meter dari lokasi mangsa terjatuh," kata timbalan pengarah operasi, Mohd Rizal Buang. 

Beliau menambah, mayat dihantar ke Hospital Serdang.

Pada Rabu, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM lemas semasa operasi mencari dan menyelemat di lombong di Taman Putra Perdna selepas mangsa dilaporkan hilang.

Enam anggota bomba yang terkorban adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuan Klang, manakala dua lagi, Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Artikel Lain