suria

Kerana Sarawak Report, ramai fikir saya pembunuh - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengakuan oleh Sarawak Report bahawa mereka tidak pasti sekiranya beliau bertanggungjawab ke atas pembunuhan Kevin Morais sudah terlambat kerana ramai memikirkan beliau melakukannya.

"Blog itu sudah berjaya mempengaruhi ramai dengan penipuan dan fitnah bahawa saya adalah pembunuh," kata bekas perdana menteri itu menerusi catatan di halaman Facebooknya pada Khamis.

Ia susulan Sarawak Report menerbitkan satu artikel yang menyebut bahawa mereka tidak pasti sekiranya Morais yang merupakan timbalan pendakwa raya, ditemui mati, dalam tong dram berisi konkrit, dikatakan individu yang merangka kertas pertuduhan terhadap Najib.

Beliau juga menegaskan ayat di dalam artikel tersebut yang menyebut bahawa: "Nampaknya usaha Najib untuk mengenepikan penglibatan Morais akan dapat membuang segala motif pembunuhan yang berkait dengan tuduhan yang dibuat ke atas bekas perdana menteri itu. Beliau (Najib) mungkin betul."

Najib berkata, Sarawak Report merupakan blog pertama membuat fitnah kononnya Morais, dengan mengatakan bahawa mereka telah mengulangi tuduhan itu sejak tiga tahun lalu.

Najib juga menegaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull menafikan Morais terlibat dalam kes 1MDB.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain