Nazir letak jawatan Pengerusi CIMB Disember ini - Semasa | mStar

Nazir letak jawatan Pengerusi CIMB Disember ini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Tun Razak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB Group dan semua jawatan lain dalam kumpulan syarikat itu pada 31 Disember 2018.

"Lembaga pengarah CIMB akan menggerakan rancangan penggantian bagi menentukan pengerusi seterusnya dan tarikh penyerahan," demikian menurut kenyataan dikeluarkan Kumpulan CIMB Group pada Isnin.

Nazir, 51, berkhidmat di CIMB selama 29 tahun sejak 1989, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 15 tahun dan Pengerusi Kumpulan sejak 2014.

Di bawah kepimpinannya, CIMB berkembang daripada francais kewangan korporat menjadi bank pelaburan utama Malaysia, sebelum kemudiannya menjadi bank universal utama di ASEAN.

Nazir dalam satu kenyataan berkata adalah wajar baginya meletak jawatan apabila pelan penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarkan pada 2014, T18 selesai.

Syarikat perbankan itu, katanya, kini kini kukuh dari segi kewangan, mantap dari segi organisasi dan teguh dari segi institusi.

“Adalah sukar untuk mencari masa terbaik untuk saya meninggalkan CIMB - tidak terlalu cepat, tidak terlalu lewat - namun sentiasa meletakkan kepentingan firma ini di fikiran," katanya.

Nazir Tun Razak , CIMB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut