suria

Cadangan kahwin 14 tahun, KJ kata "this is madness"

PETALING JAYA: Cadangan Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar supaya umur minimum perkahwinan remaja perempuan diturunkan kepada 14 tahun masih menjadi isu panas dibahaskan di Twitter.

Rata-rata netizen memberi respons negatif terhadap cadangan tersebut yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Malah, perkara itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang tidak setuju dengan cadangan tersebut.

Kenyataan Khairy turut mendapat perhatian di Twitter.

"Madness. Jangan pula ada yang cakap 'don't question Mufti', 'pergi belajar agama' etc. This is madness. Plain dan simple," tulisnya di Twitter.

Kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan itu diulang kicau lebih 4,000 kali (retweet) dan mendapat lebih 3,000 tanda suka (like).

Tweet tersebut turut disokong penyanyi dan penyampai radio, Adibah Noor.

"Bayangkan ya... contoh jer. Kalaulah you ada anak perempuan. Umur 11 tahun dah keluar period, b****** pun baru nak develop. Tiba-tiba ada orang masuk meminang. Would you marry her off?," soalnya.

Namun seorang pelayar Twitter @Annuarzainal seolah-olah menyangkal kenyataan Khairy dan menganggap beliau tidak mengetahui keperluan masyarakat di Sabah semasa mengulas mengenai perkara itu.

"Minta maaf saya tak tahu yang keperluan di Sabah adalah child marriage. Saya hanya pandai cakap," jawab Khairy secara sinis membalas kenyataan pemuda itu.

Antara kecaman netizen berhubung isu cadangan had umur perkahwinan remaja perempuan diturunkan kepada 14 tahun.

Seorang netizen @CahayaFarhain turut menyifatkan usia 14 tahun sebagai terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

"I am Sabahan but I don't think I agree with this child marriage. Yes I sedia maklum ramai Sabahan yang duduk pedalaman mungkin hidup susah.

"Tapi sekarang ni most of them ramai yang dah boleh sekolah, further study etc. Why nak kahwin untuk keluar dari kemiskinan???

"But who am I nak questions all these? Masih manusia yang jahil... tapi why not kekalkan 16 yo for Sabah instead of 18, 14 is too young!," katanya.

Dalam pada itu, @Jurungunsalam turut meminta agar Khairy bersuara bagi memperjuang isu pendidikan berbanding isu perkahwinan remaja di Sabah.

kahwin, mufti, Khairy Jamaluddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN boikot PRK Port Dickson

Artikel Lain