Ramai keluar Pas jika kerjasama Umno?

SHAH ALAM: Kerjasama Pas bersama Umno dilihat sebagai satu komitmen yang besar kepada akar umbi.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keadaan itu menyebabkan mereka perlu berhati-hati kerana tidak mahu memberi kesan negatif dan bimbang ramai akan keluar dari Pas.

Menurutnya, faktor sejarah juga penting apabila sebelum ini pernah bersama Perikatan.

"Sebenarnya mereka bimbang tidak mahu sejarah berulang apabila berlaku peristiwa yang menyebabkan mereka keluar dari Perikatan.

"Selain itu misi dan visi yang berbeza juga menyebabkan mereka berkira-kira apabila Pas pernah bersama Perikatan pembangkang dengan tahaluf siyasi dengan DAP," katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, soal pengundi atas pagar juga memainkan peranan yang mana Pas sebenarnya ingin mendapat sokongan pengundi atas pagar juga.

Katanya, Pas sedia maklum mereka yang berada di atas pagar ini akan mengundi Pas pada PRU15 jika Pas mengendalikan hubungan dengan Umno secara berhati-hati.

Bagaimanapun, terdapat juga kelompok yang atas pagar masih ingin mengundi calon Pas dengan syarat Pas tidak bekerjasama dengan Umno.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan hubungan mesra kedua parti itu tidak disalah tafsir. - Sinar Harian

Artikel Sebelum

Isteri didenda, skandal rakan sekerja

Artikel Berikut

Kerajaan sedia kaji semula royalti

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain