suria

Kerajaan sedia kaji semula royalti

KOTA KINABALU: Kerajaan persekutuan bersedia untuk menyemak semula bayaran sedia ada sebanyak 5 peratus kepada negeri pengeluar minyak, tetapi langkah itu perlu dilakukan tanpa "membunuh" Petronas, kata Perdana Menteri.

"Kita tidak mahu menjejaskan Petronas. Jika kita mengambil 40 peratus royalti minyak dari kos operasi, Petronas akan kehilangan wang.

"Petronas adalah sebuah syarikat yang unik kerana ia merupakan satu-satunya syarikat minyak dan gas nasional yang terlibat dalam penerokaan, pembangunan dan pengeluaran petrokimia.

"Jika anda mengurangkan tugas Petronas sekadar untuk mengutip royalti minyak, maka kita akan kehilangan banyak benda.

"Kita perlu mengekalkan kekuatan Petronas. Pada masa yang sama, kami merasakan bahawa terdapat keperluan untuk menyusun semula beberapa perkara," ujar Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambahnya lagi, 5 peratus adalah sebahagian daripada kos operasi dan ia merupakan nilai yang sangat besar.

Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya Mei lalu telah berjanji untuk meningkatkan royalti minyak bagi semua negeri pengeluar minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus.

Berhubung persoalan sama ada kerajaan persekutuan akan memberi royalti 5 peratus, Dr Mahathir berkarta kerajaan persekutuan telah memberi semula kepada negeri-negeri di Malaysia.

Malah katanya, banyak negeri yang masih berhutang wang dengan kerajaan persekutuan.

"Terdapat pinjaman tidak berbayar, ini bermakna kita boleh muflis jika anda tidak membayar.

"Tetapi negeri-negeri itu jugamempunyai wang, ada yang menawarkan untuk memberi pinjaman wang kepada kerajaan pusat, "katanya.

Royalti, Petronas, Dr Mahathir

Artikel Lain